Cart 0

Jenis-jenis Cotton Knit si Kain T-shirt untuk Newbies

Cotton knit adalah Kain tshirt yang biasa kita beli yamg dah siap. Di Min Min DIY,  kami membekal kain knit per meter. Kain knit si kain T-shirt ni ada beberapa jenis. Yang bukan newbie pun boleh pening tau. Ni Min Min share ya jenis-jenisnya. Kita sama-sama belajar. 

Collage 2018-12-07 09_38_11.jpg

Kain knit biasa, sama ada TC atau CVC. TC campuran polyester lebih banyak. Corak lagi cantik dan tak mudah pudar. Tapi kalau banyak sangat polyester, kain mudah berbiji.

CVC campuran cotton lebih banyak. Lama² mudah pudar, biasanya kainnya nipis tapi selesa pakai sebab banyak cotton. Mostly kain knit terdiri dari kain² ni (TC & CVC). Ada yg single jersey (nipis sikit) & double knit (tebal sikit).

Cotton Knit Star Wars

Cotton Lycra kain dia memeri banyak sebab ada lycra/spandex. Tp masih berasa cotton pada kain dia. Cuma memeri lebih dr cotton knit biasa. Yg ni biasa ramai cari sebab tak mudah pudar, kain sedap, takkan berbiji dan ketebalan dia standard, mudah jahit.

Terry Knit Min Min DIY

Cotton terry knit bahagian dalam dia macam jaringan towel tu. Tapi tak tebal sangat. Ada yg dilapisi dengan fleece. Ada juga yg knit jenis fleece bawah dia. Kain² ni sesuai buat sweater, jacket, jogger pants dan lain² lagi ikut kretiviti.

Cotton Rib 2by2Rib Knit

Kain cotton rib biasanya untuk kemasan hujung lengan, leher, pinggang dan juga kaki. Ada beberapa jenis juga rib ni. 1by1 & 2by2. Yang ini untuk kemasan baju. Kalau untuk dibuat baju, rib dia lain sikit. Lebih lembut dan mudah kembang lama² pakai.



Older post Newer post