FREE Shipping on orders over RM300 T&C Applies
Cart 0
31.jpg

Cotton Knit - Garfield Green

RM 30.00

Cotton Knit si Kain T-shirt ❤

Bidang 1.7 +-

Cotton knit - Tetron Cotton (TC). 

Regangan 2 hala.  Kain lembut. 

Idea Min Min:

Cantik sangat buat baju siang, top untuk jalan-jalan, baju tido pun boleh, cute tu. 

Chit-chat pasal Knit:

Kain knit ada banyak jenis. Kadang-kadang, lain seller lain term dia..

*Single knit lebih nipis dari double knit.

*Cotton knit biasa, medium tebal. Ada yang 100% cotton,  ada campur polyester 40% dan biasa dipanggil CVC. Kerap basuh, pakai lama, corak kain mudah pudar.

*Cotton knit blend polyester biasanya ada yang panggil Tetron Cotton(TC) dengan komposisi polyester hampir 60%. Printing cantik, tak mudah lusuh.

*Cotton knit printing pekat kadang2 ink dia pecah bila kita stretch-kan kain.

*Cotton knit ada juga yang printing dia timbul. Ada yg stretch-kan, tapi corak tak pecah. 

*Rib cotton kain dia ada garis2 yg biasanya akan mengembang lepas basuh. Dan mengecut semula bila kering. Ada jenis rib tebal, ada jenis rib nipis. Yg tebal, dia lg firm dr yg nipis.. So, lambat dia kembang. Kain rib bercorak boleh buat romper baby macam brand Carter suka guna rib untuk romper set dia. 

*Cotton terry ada dua jenis,  baby terry atau terry yang biasa. Baby terry lagi lembut, terry lagi satu lagi tebal. 

Untuk cuaca Malaysia, ada ibu-ibu yang gemar single knit yang lebih selesa di siang hari. Dan double knit sangat sesuai dipakai dalam kawasan berhawa dingin/malam hari. 

Selain dibuat baju santai, kain knit juga sesuai dibuat bedung, barut, bib dan lain-lain aplikasi.

Untuk bedung, lihat cuaca sekitar anda. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, kain knit double knit agak tebal untuk cuaca siang hari. Pilih kain mengikut apa pelan jahitan anda nanti.


Secara umumnya, kain knit ni adalah kain t shirt. Serap peluh, tak mudah kedut, corak cantik dan selesa dipakai.

Harga berbeza ikut jenis knit. 

Customer Comments

Author/Date Rating Comment