FREE Shipping on orders over RM300 T&C Applies
Cart 0

Cotton Knit Polo - Minnie Rainbow

RM 29.00

Cotton Knit si Kain T-shirt ❤

Bidang 2m +-

Cotton knit polo ni kain macam T-shirt POLO (kain ada macam lubang halus tapi bukan lubang)

Regangan minimum sangat. Kain lembut. 

Tengok gambar close up untuk lihat jenis kain secara dekat. 

Idea Min Min:

Cantik sangat buat baju gegirl yang jenis berkolar,  dress shirt, peasant dress dan lain-lain lagi. 

Kain ni sesuai buat baju jalan-jalan. :) 

Pakai dengan skinny jeans/legging jeans, cun habis! 

Chit-chat pasal Knit:

Kain knit ada banyak jenis. Kadang-kadang, lain seller lain term dia..

*Single knit lebih nipis dari double knit.

*Cotton knit biasa, medium tebal. Ada yang 100% cotton,  ada campur polyester 40% dan biasa dipanggil CVC. 

*Cotton knit blend polyester biasanya mudah berbulu/berbiji. Biasa ada yang panggil TC. 

*Cotton knit printing pekat kadang2 ink dia pecah bila kita stretch-kan kain.

*Cotton knit ada juga yang printing dia timbul. Ada yg stretch-kan, tapi corak tak pecah. 

*Rib cotton kain dia ada garis2 yg biasanya akan mengembang lepas basuh. Dan mengecut semula bila kering. Ada jenis rib tebal, ada jenis rib nipis. Yg tebal, dia lg firm dr yg nipis.. So, lambat dia kembang. Kain rib bercorak boleh buat romper baby macam brand Carter suka guna rib untuk romper set dia. 

Untuk cuaca Malaysia, ada ibu-ibu yang gemar single knit yang lebih selesa di siang hari. Dan double knit sangat sesuai dipakai dalam kawasan berhawa dingin/malam hari. 

Selain dibuat baju santai, kain knit juga sesuai dibuat bedung, barut, bib dan lain-lain aplikasi.

Untuk bedung, lihat cuaca sekitar anda. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, kain knit double knit agak tebal untuk cuaca siang hari. Pilih kain mengikut apa pelan jahitan anda nanti.


Secara umumnya, kain knit ni adalah kain t shirt. Serap peluh, tak mudah kedut, corak cantik dan selesa dipakai.

Harga berbeza ikut jenis knit. 

Customer Comments

Author/Date Rating Comment